Biobax Cool Theraphy Di Utusan Online

Biobax Cool Theraphy Di Utusan Online


Biobax Cool Theraphy Di Utusan Online

MELANJUTKAN pelajaran ke luar negara serba sedikit membuka mata untuk melihat kepelbagaian produk di sana yang boleh digunakan di negara ini secara berkesan.

Seperti di New Zealand, tidak banyak produk berasaskan minyak panas yang biasa digunakan di Malaysia kerana mereka lebih memilih kaedah minyak sejuk bagi menghilangkan masalah kekejangan, sakit belakang atau pinggang.

Pengasasnya, Hafizi Zain dan isteri, Nik Haninah Nik Yusoff telah menjalankan kajian dari Jun tahun lalu untuk mendapatkan formula terbaik bagi produk ini.

Hafizi berkata, pelbagai sampel dikeluarkan sepanjang tempoh kajian dijalankan, namun ia tidak menepati kehendak mereka dan akhirnya formula terakhir yang diguna pakai sekarang dihasilkan pada Disember tahun lalu.

“Kajian ini dijalankan oleh isteri saya sendiri yang merupakan graduan Sains Kimia dari Universiti Auckland, New Zealand dengan menggunakan minyak kayu putih sebagai bahan utamanya.

“Kami memastikan bahan yang digunakan mampu membantu orang ramai menghilangkan sakit dan pada masa sama, ia dapat menyembuhkan jika diguna secara kerap,” jelasnya.

Idea ini timbul semasa Nik Haninah sedang mengandung serta kerap mengadu sakit belakang dan tidak banyak minyak boleh digunakan kerana terlalu panas dan memberi kesan pada proses mengandung.

Disebabkan itulah, pada awal produk ini dipasarkan awal tahun lalu, pihaknya menyasarkan ibu mengandung mendapatkan minyak yang benar-benar berkesan kepada mereka.

Biobax Cool Theraphy Di Utusan Online

Nik Haninah berkata, semasa belajar di New Zealand, masyarakat di sana lebih mempercayai penggunaan bahan semula jadi untuk menghilangkan sakit belakang, kekejangan otot dan sebagainya.

Menurutnya, masyarakat di sana juga menyukai minyak kayu putih yang terbukti dapat membantu menghilangkan sakit dan kekejangan otot, selain memberi kesan rehat pada otot.

“Saya sendiri ada masalah kaki kejang ketika berada di tempat sejuk. Apabila menggunakan minyak kayu putih, ternyata ia melegakan. Namun di Malaysia tidak ada minyak kayu putih yang menggunakan terapi secara sejuk,” katanya.

Berdasarkan pengalaman itu, Biobax dicipta menggunakan terapi sejuk iaitu pengguna akan berasa lebih dingin, selain berbau harum dan menenangkan.

Pati minyak kayu putih yang digunakan adalah daripada bahan premium dan tidak memberi kesan minyak apabila disapu serta tidak melekit, selain partikal halus mudah diserap pada kulit.

Pengguna hanya perlu menyembur Biobax ke tapak tangan dan lakukan urutan secara membulat di bahagian yang ingin dirawat dan kesan segera dapat dirasai pengguna.

Menurut Hafizi, beliau memilih mekanisme sejuk untuk membantu mereka yang bermasalah kerana tidak semua dapat tahan minyak panas yang kadangkala memberi rasa tidak selesa.

Tambahnya, Biobax dibotolkan dengan saiz mudah dibawa serta kandungan sebanyak 50ml sesuai digunakan oleh semua orang kecuali mereka di bawah umur enam tahun.

“Kami tidak menggalakkan penggunaan untuk mereka di bawah usia enam tahun atau bayi. Produk ini lebih fokus kepada orang dewasa. Insya-Allah produk khusus untuk bayi akan dikeluarkan tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 2,000 unit telah terjual dalam tempoh sebulan dan mereka menyasarkan untuk menjual 5,000 unit sebulan.

“Produk ini juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan satu-satunya produk berasaskan terapi sejuk yang memberi kelegaan cepat kepada pengguna,” katanya.

Nik Haninah berkata, buat masa sekarang pihaknya masih menggunakan medium dalam talian sebagai kaedah jualan dan promosi sebelum dibuka kepada stokis pada bulan ini.

“Kami telah pun menjalankan promosi di Dubai dan Jepun pada April dan Mei lalu. Ternyata banyak respons positif diterima termasuk ada syarikat yang ingin mendapatkan produk ini,” katanya.

Produk Biobax boleh didapati di seluruh negara termasuk Indonesia dan Brunei melalui laman web atau hubungi wakil Biobax untuk keterangan lanjut. 

Harga RM80 (SM) / RM85 (SS)
Whatsapp 010-5255601
Share:

0 comments:

Post a Comment